hyeee... jum skoden blog song eun jae .. taa kene bayar pon .. jgn risaw .. mohhhh .. (^_^) pen biru abes dakwat .. i miss u sesangat...

✿koleksi ayat kelakar✿

Seorang posmen yang datang menghantar surat . ” Assalamualaikum ” ” Walaikumsalam ” ” Ni rumah encik Sameon ye? ” Ya saya” ” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ” ” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”


orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : fasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala


Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: ”
Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?” “Dah tentu, ” jawab doktor. “Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,” kata lelaki itu dengan riang.


Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya. (Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis? Shan :
Saya datang untuk ujian air kencing…


Man: Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali: Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man: Wow! Bapa kau keja apa?
Ali: Tukang gunting rambut.


Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila giliran adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.  Cerita


Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.
Doktor: Kenapa?
Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.


Cikgu: Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah.
Ali ternampak mayat.'
Hasan: Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.


Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa: Apa bukti awak?
Cikgu: Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu".


cA: dari pagi tadi aku makan tak kenyang2 je?
cB: kau makan ape?
cA: makan angin...............................


Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
 lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????


Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk…….. Benci ………


3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, ‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!





PEPATAH SENGAL
✿Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke mulut✿
✿Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek rambutan✿
✿Tiada rotan, pelempang berguna juga✿
✿Biar lambat asalkan tak lembab✿
✿Biar putih tulang, jangan putih rambut✿
✿Di mana ada gula di situ adalah semut✿
✿Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock✿
✿Secupak takkan jadi 18 cupak ✿
✿Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan kulit,  manusia mati meninggal dunia✿ ✿Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan cili✿
✿Harapkan pagar, pagar tumbang✿
✿Alang-alang mandi biar guna sabun✿
✿Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras✿
✿Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun✿
✿Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang... bisu✿
✿Hidup segan, mati di bunuh✿
✿Ikut hati mati, ikut rasa merasa✿
✿Lembu punya susu cap teko dapat nama✿
✿Sehari selambar benang lama-lama benang habis✿
✿Hendak seribu daya, tak hendak tak apa✿
✿Membujur lalu melintang pukang✿
✿Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut✿
✿Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili✿
✿Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh belah✿

[kisah dongeng]

ku sedar ku tak seberapa
jika di banding mereka
yang jauh lebih megah
dari diri ini

apa yang mampu ku berhias
hanyalah hati yang ikhlas
terpendam simpan untuk dia yang sudi

mencintai aku dengan seadanya
mencintai aku bukan kerana rupa
dalam waktu sedu
dalam waktu hiba
ku harapkan dia rela

mencintai aku dengan seadanya
sanggup menerima insan tak sempurna
atau mungkin cinta sebegitu hanya
kisah dongeng saja

belum pernah ku merasakan
dipeluk dalam dakapan
eratnya melindungi jiwa rapuh ini

sanubariku memerlukan
kehadiran seorang teman
tulus mencurah kasih sepenuh hati

mencintai aku dengan seadanya
mencinta aku bukan kerana rupa
dalam waktu sendu
dalam waktu hiba
ku harapkan diaa rela

mencintai aku dengan seadanya
sanggup menerima insan tak sempurna
atau mungkin cinta sebegitu hanya
kisah dongeng saja